Friday 19 April 2013

Gedung Al-Barkat Selangkah Lebih Jauh..!


Alhamdulillah Gedung-Albarkat Kini Selangkah Lagi Kehadapan..
Kami Kini (19 APRIL 2013) Di LANGKAWI Bersama Kelab Usahawan Ikhtiar Kuala Lumpur (KUKL) dan Amanah Ikthiar Malaysia ( AIM, Langkawi) Sedang Melebarkan Sayap Kami Bersama Mereka Dalam Perniagaan Ini...Insyaallah...Saya Biarkan Gambar Berbicara!



Langkawi Island We're HERE!!!


"Saudagar" Sedang Berbicara


Liputan Dari Media RTM & Berita Harian






Jadi Anda Di Luar Sana Masih Menanti?
Jangan TerLAMBAT!!!

Wednesday 17 April 2013

IPOH MALI!!


IPOH We're COMING!!

Jemput Semua Rakan-Rakan Yang Mempunyai KENALAN Yang Ingin Menjadi Wholeseller ( Pemborong ) dan Distributor ( Pengedar ) Fabrik ( Baju Kurung, Kain Pasang, Jubah / Abaya *HOT, Tudung DLL ) HADIR Bersama Kami Di SeminarNEED

Hari : Sabtu
Masa : 2 Petang
Tarikh : 27 April 2013
Tempat : Heritage Hotel, Ipoh, Perak..!

Banyak Rahsia Yang Ingin Kami KONGSI Bersama...Hubungi Talian Dibawah Untuk Mendaftar......Print & Bawa Kupon Ini Bersama Untuk Hadiah MISTERI :)
Call / SMS / WhatsApp : Cikgu Azham - 012 298 7915


Thursday 11 April 2013

Pelan Perniagaan NEED




Pilih mana-mana Plan Perniagaan  Network Mana yang Anda Mahukan . Dari Tanpa Modal hinggalah ke Modal, Effort Anda. Semuanya bergantung Engagement & Demand Pasaran sekeliling Anda.

Sms/Call/Whatsapp
Cikgu Azham – 012 298 7915





Plan Perniagaan Agen;
- Tanpa Modal ada pekerjaan tetap
- Jujur Amanah
- 20 unit stok produk ( RM 1+++ )
- Produk boleh ditukar ganti
- Anggaran  Rm 45 - Rm 47

   cth : Jual Rm 65 - Rm 45 = Rm 15  
   Rm 15 X 20 unit = Rm 300 duit anda!  


Plan Perniagaan Pemborong RM 1 K;

( PROMOSI daftar sekarang RM 500 Sahaja)

- Modal Tunai 1 K (daftar skrg! RM500 SHJ)
- 20 unit stok produk ( RM 1+++ )
- Anda uruskan sendiri Agen~Agen anda
- Produk boleh ditukar ganti
- Anggaran Rm 35- RM 38

  
Plan Perniagaan Pembekal 5K

( PROMOSI daftar sekarang RM 3k  Sahaja)

- Modal Tunai 5 K (daftar skrg! RM 3k SHJ)
- 65-80  unit stok produk 
- Anda uruskan sendiri Agen~Agen anda
- Produk boleh ditukar ganti
- Anggaran Rm 30 sahaja


Plan Perniagaan Yang Paling Masyhukkk 

Group Leader 15k ~Consignment~ 



- 333-400  unit stok produk 

- Perkenal Agen~Agen seramai 15~30 orang
- Monitor Agen~Agen 
- Produk boleh ditukar ganti
- Anggaran Rm 22 ~ RM 24

Sunday 7 April 2013

Program NEED - Gedung Al-Barkat 7 APRIL 2013


Alhamdulillah Program NEED 7 April 2013 berjalan lancer dengan dewan FULL HOUSE..Terima Kasih kepada yang hadir dan TAHNIAH kepada yang telah SIGN UP menjadi AGENT, WHOLE SELLERS, DISTRIBUTORS dan GROUP LEADER…Diharapkan program ini akan dapat membantu lagi rakan-rakan BUMIPUTERA kita..

PESERTA PROGRAM NEED



PESERTA MEMPELAJARI MEMBUAT BLOG


Sunday 31 March 2013

Tips Memilih Kain, Fabrik Berkualiti Untuk Dibuat Baju, Tudung Atau Kain??


Pening, bercelaru dan berpinau mata nak pilih kain sumenya menawan kalbu...


Ramai di antara kita terutamanya kaum wanita seringkali rambang mata untuk memilih warna dan rekaan corak pada kain ela yang kita hendak beli. Maklumlah kekadang kita jadi keliru dan mengalami masalah dalam memilih corak fabrik dan tertanya² berapa meter untuk saiz badan atau sesuaikah kain itu dengan warna kulit. Jom kita tengok apa langkah² yg patut kita lakukan jika kita dalam keadaan keliru a.ka blur...hehe

Langkah pertama
Pergi ke kedai kain ela, jangan pergi ke kedai baju yang sudah siap (baju ready made), atau kedai baju bundle pulak.... :). Contohnya pergilah ke Gedung kain seperti di Nagoya, Kamdar, Gulatis atau Jakel. Biasanya gedung kain yang besar ni banyak pilihan.

Langkah kedua
Pilih kain yang sesuai dengan warna kulit dan saiz badan. Bagi berkulit kuning langsat, tiada masalah untuk memilih warna, kecuali sekiranya saiz badan yang agak montel tidak sesuai untuk memakai corak kain yang berbunga besar dan berjalur besar atau kecil yang melintang. Bagi yang berbadan gempal @ chubby, elakkan membeli kain yang bercorak sehala, seelok² belilah kain yang bercorak bebas. Maksudnya kain yang bercorak berterabur. Bukan apa kalau teringin juga nak memakai corak yang sehala boleh juga tetapi hendaklah ditambahkan quantiti meter kain tu. Lagi² kalau di kaki kain tu ada corak, memang payah si tukang jahit nak memotongnya.

Contohnya, biasa kalau beli 4 meter, elok tambahkan jadi 4 meter suku (41/4m). Ini bagi memudahkan tukang jahit untuk membuat kerja. Yalah kalau kita bagi kain 4 meter, tak ke kita mendera tukang jahit tu (akak dah biasa kene dera ngn kastemer). Bak kata pepatah "Ukur baju di badan sendiri" Kalau tak pandai nak ukur tanya pada yang arif ya, baru beli kain. Kekadang ada kastemer ni tak faham atau saja buat tak endah jikalau kain yang di hantar nak buat baju tak cukup. Nasib badan la, gamaknya si tukang jahit yang pening kepala dibuatnya...huhhh. Lagi satu, jangan suka membeli kain yang sudah siap di potong seperti 2 meter baju 2 meter kain. Selalunya sukar untuk di buat baju, terpaksalah tukang jahit tu terkial2 memikir mcm mana nak potong...haha

Langkah ketiga
Bagi yang berbadan langsing ala-ala model mcm Diana Daniella tu.... Biasanya tiada masalah dalam memilih fabrik. Tapi elakkan dari membeli kain yang berwarna malap tau. Boleh beli, tapi cari tanah yang malap berbungakan yang terang dan berbunga besar. Biasanya kain yang sudah siap potong tiada masalah yang berbadan saiz kecil nie. Tapi janganlah pulak beli kain 3 meter suruh buat baju kurung pulak, 3 meter untuk budak 12 tahun bleh lah. Elakkan membeli kain yang berjalur² kecil kerana ini akan menampakkan susuk tubuh anda seperti papan ya. Kita rasa macam cantik, orang pandang akan berkata dalam hati "Eee... Kurusnya mcm lidi". Jadi pandai-pandailah dalam menentukan jenis corak fabrik ni ya!

Langkah keempat
Bagi yang berkulit hitam manis, eloklah memilih fabrik yang berwarna agak terang dan yang berwarna lembut. Bukan apa, kalau kita memilih warna yang tidak sesuai dgn warna kulit, ia akan menonjolkan lagi kegelapan kulit kita. Contohnya orang yang berkulit hitam manis tidak sesuai memakai warna hijau pekat, ini akan menambahkan lagi kekusaman kulit itu (sori, akak cakap yg betul ni). Tip yang paling sesuai ialah memilih warna kuning cair dan berbunga. Letakkan kain di kulit anda dan tanyalah rakan atau orang lain yang membeli kain di kedai itu. Jangan tanya tukang jual kain di situ, pastinya dia akan kata cantik. Dah nama pun jurujual, meniagakan...

Meter untuk saiz badan:
Bagi baju melayu, macam Khairul Che Mat (pemain bola yg tgh ngetop) tu 4 meter je dah cukup. Kalau badan yang besar, eloklah membeli 41/2 meter. Bagi yang sedang² besar belilah kain 4 meter suku (41/4).

Untuk kanak-kanak lelaki dibawah umur 4 hingga 6 tahun 21/2 meter kain di perlukan. Untuk kanak-kanak 7 hingga 10 tahun biasanya 3meter diperlukan. Untuk 11-14 tahun belilah 31/2 meter . Peringkat remaja ikut saiz badan 4 hingga 41/2 meter kain diperlukan.

Meter untuk wanita pula:
Baju kurung atau fesyen, 4 meter mencukupi bagi saiz badan yang normal. Bagi yang berbadan gempal @ gemuk, belilah 4 meter suku. Untuk jubah dewasa 31/2 meter sudah memadai.

Bagi kanak-kanak dibawah umur 5 tahun kebawah anggaran kain adalah 2 meter. kanak-kanak usia 6-12 tahun  anggaran kain  lebih kurang 3- 3.5 meter. Usia 12-13 tahun 3.5 meter ikut saiz badan. Remaja 4 meter. 



Sumber : Jahitan Fiza

Saturday 30 March 2013

Kami BANTU anda...


Untuk POST kali ini saya hanya akan membiarkan GAMBAR yang saya post kali ini BERBICARA..ENJOY!!

Jadi jangan tunggu lagi..
Hubungi saya di 012 298 7915
ATAU
TERUSKAN MENDAFTAR di 

Tips-tips memilih dan memiliki tudung



PEMILIHAN tudung perlu mengambil kira beberapa faktor antaranya jenis, warna, saiz dan corak kain serta bentuk muka individu terbabit selain gaya pemakaian. Ikuti beberapa tip ringkas untuk membuat pemilihan serta pemakaian tudung supaya tampil lebih sopan, kemas, anggun dan bergaya.



Pilih tudung daripada kain yang bersesuaian antaranya kain kapas kerana ia mampu memberikan keselesaan maksimum dan menyerap peluh.
Gunakan tudung yang memiliki pola, rekaan dan jahitan yang sesuai dengan bentuk muka agar tidak mengganggu aktiviti seharian.
Jika memilih untuk mengenakan tudung bercorak ataupun abstrak, padankan dengan busana polos ataupun kurang corak agar tidak kelihatan keterlaluan gayanya.
Begitu juga sebaliknya, jika memilih untuk mengenakan pakaian bercorak ataupun berbunga sarat, padankan dengan pemilihan tudung yang memiliki warna paling sedikit pada pakaian agar kelihatan seimbang.
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilih tudung polos yang berwarna cerah untuk digayakan.
Selain itu, elakkan diri daripada memakai tudung yang berwarna gelap atau kusam bagi mengelakkan anda kelihatan lebih berusia.
Bagi mereka yang memiliki bentuk wajah bulat, pilih tudung yang memiliki corak kecil dan tidak penuh bagi mengelakkan wajah kelihatan terlalu penuh dan tidak terurus.
Mereka yang berkulit cerah pula tidak digalakkan memakai tudung berwarna merah jambu kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan pucat.
Untuk mereka yang memiliki warna kulit kuning langsat, perlu mengelakkan pemakaian tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Penting sekali mesti menutup aurat ye


Jenis-jenis Abaya / Jubah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini mari kita sama-sama mengenali bentuk-bentuk potongan abaya. Anda tentu pernah terbaca orang menulis tentang gaya abaya sama ada tentang potongannya (cutting) atau bentuknya (shape). Baiklah kali ini kita akan sama-sama mengenali beberapa jenis potongan abaya yang biasa dipasarkan oleh Abaya Elegan. Semoga, perkongsian ilmu ini akan dapat membantu anda mengenali bentuk abaya yang lebih sesuai dengan potongan badan anda.

1. Potongan A (A-Cut atau Flair)



Kebanyakan abaya yang biasa dilihat di pasaran tempatan ialah abaya dalam bentuk potongan A. Ianya sekali pandang kelihatan sama saja bentuknya dengan jubah-jubah Malaysia yang dipakai oleh sebahagian muslimah. Bentuk potongan A boleh dikatakan sangat popular kerana ianya amat sesuai dengan bentuk badan wanita Malaysia yang kebanyakannya berbentuk 'pear'. Jadi, apabila memakai abaya berpotongan A, ia akan membantu melindungi aurat dan bentuk badan si pemakainya. Selain itu bukaan bawah yang luas juga memudahkan kaki melangkah berbanding sesetengah abaya asia yang berpotongan lurus (straight cut).


2. Potongan Kembang Payung (Umbrella-Cut)



Bentuk kembang payung ini mula popular pada musim haji tahun 1432 Hijrah dan masih lagi menjadi kegemaran ramai sama ada di Arab Saudi atau di Malaysia hingga ke hari ini. Daripada pengamatan kakchik, pilihan abaya kembang payung lebih banyak di Arab Saudi berbanding di negara-negara Timur Tengah yang lain. Ini berdasarkan penawaran stok yang dihantar oleh para pembekal dari sana kepada Abaya Elegan. Secara peribadi potongan kembang payung ini kelihatan lebih sesuai digayakan oleh muslimah yang berbadan tinggi dan sederhana. Ini kerana kebiasaan potongan di bahagian dada yang mempunyai iras cara potongan cheongsam membuatkan pemakai yang berbadan gebu atau gempal kelihatan agak seksi tapi bila ditutupi dengan tudung yang labuh dan lebar, insyaAllah sesiapa pun boleh menggayakannya. Permintaan untuk abaya potongan ini pada hari ini amatlah tinggi.


3. Potongan Rama-Rama (Butterfly-Cut atau Farasha)





 Di negara-negara teluk terutamanya di Ameriah Arab Bersatu (UAE), abaya potongan ini amatlah diminati ramai. Secara peribadi, kakchik juga amat menggemari bentuk abaya ini. Pada satu masa dulu ramai yang mengatakan orang yang rendah dan kecil molek tidak sesuai memakai abaya bentuk ini tapi kakchik telah mengubah persepsi itu dengan mencuba sendiri memakainya. MashaAllah... ianya selesa dan sangat sopan menjaga aurat kita. Bentuk abaya rama-rama ini kelihatan agak besar berbanding abaya potongan lain dan penggunaan material juga lebih banyak namun cara menjahitnya adalah agak mudah seperti menjahit sehelai kaftan.


4. Potongan 'Overhead'


Dulu-dulu jika disebut abaya, kakchik akan sering terfikirkan bentuk abaya ini. Ini mungkin kesan seringkali terlihat gambar-gambar wanita Iran yang dipaparkan oleh media massa. Abaya bentuk ini sangat 'evergreen' kerana ianya boleh bertahan dari berpuluh tahun dulu hinggalah ke hari ini. Kakchik jarang melihat wanita Malaysia memakai abaya sebegini tapi ada yang memakainya terutama di kalangan wanita pondok pengajian tradisional. Namun hari ini, permintaan abaya sebegini semakin meningkat selari dengan kesedaran menutup dan menjaga aurat yang semakin hebat sekarang ni. (Sama hebat dengan godaan membuka aurat...hmmm.)

5. Potongan Dinamik



Zaman semakin moden dan bentuk abaya juga semakin dinamik yakni potongannya kini boleh menjadi tidak sekata. Ramai pereka fesyen abaya moden mula meneroka kreativiti mereka dalam menghasilkan pelbagai bentuk abaya moden yang cuba lari dari bentuk-bentuk skima seperti di atas. Kebiasaannya rekaan abaya dinamik ini lebih fokus kepada abaya-abaya yang sesuai untuk majlis tertentu dan kurang praktikal untuk dipakai sehari-hari. Ini kerana abaya sebegini kelihatan agak glamor dan bagi sesetengah pendapat, ianya tidak begitu sesuai atau menepati syarat dalam penutupan aurat. Abaya sebegini lebih kepada berfesyen tapi jika kena caranya, insyaAllah ia masih boleh dimanfaatkan dalam menutup aurat dan menjaga imej si pemakainya.

Kesimpulannya, terdapat banyak jenis dan bentuk abaya yang dijual di pasaran. Untuk setiap bentuk potongan di atas, Abaya Elegan ada memasarkan semuanya kecuali abaya berpotongan 'overhead' yang masih belum kami temui tukang jahit atau pembekal yang sesuai dan berpatutan. Selain dari bentuk-bentuk abaya yang kakchik sebutkan di atas, anda pastinya akan terjumpa beberapa bentuk lain mengikut demografi. Ada sejenis potongan yang menjadi kebiasaan di Afrika terutama di Somalia dan ada juga sejenis potongan yang digemari rakan muslimah di Mediteranean. Apa yang pasti, bentuk abaya tidaklah lagi lurus seperti satu masa dahulu dan kepelbagaian bentuk potongan ini nampaknya makin menarik minat kaum wanita tempatan untuk sama-sama memakainya lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mahu menjaga aurat mereka.

ps: kesemua gambar yang digunakan di atas hanyalah sebagai contoh sahaja.

KREDIT TO WEBSITE ABAYA ELEGAN








Thursday 21 March 2013

TANPA MODAL & BERMODAL


Assalammualaikum W.B.T,
Fabrik Merupakan Satu Item Yang Digunakan Oleh Semua Manusia Setiap Hari. Fabrik Bukan Sahaja Tentang Kain, Malah Ia Merangkumi Baju Kurung, Baju Melayu, Tudung, Selendang, Jubah ( Lelaki/Perempuan), Ihram Dan Lain-Lain Lagi. Oleh Sebab Itu Kami di Gedung Al-Barkat Telah Mencipta Satu Sistem Perniagaan Yang Dapat Membantu Semua Peniaga-Peniaga Kecil Mahupun Peniaga-Peniaga Yang Sudah Berpengalaman Untuk Mendapat Sumber Fabrik Yang Murah, Berkualiti Dan Boleh Dijual. Gedung Al-Barkat Yang Berpengkalan Di

No 138 Jalan Nilai Square Utama ,
Nilai Square Business Center
71800 Nilai, Negeri
Sembilan

Sebenarnya Ingin Berkongsi Dengan Semua Penggemar-Penggemar Fabrik Untuk Menyertai Kami Di Dalam Program “NEED” Supaya Kami Boleh Mengetahui Bagaimana Dapat Kami BANTU Anda Semua
Terdapat Beberapa Cara Perniagaan Ini Dijalankan. Masih Mengekalkan Perniagaan Secara Consignment TETAPI Untuk Yang Tidak Mampu Kita Akan Jadikan Sebagai Agent ( TANPA MODAL ) dan Wholesalers ataupun Distributors ( DENGAN MODAL )
 Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik >>> http://berniagafabriktanpamodal.blogspot.com/p/daftar.html
Atau Call / SMS / WhatsApps >> 012 298 7915 (Cikgu Azham)

Wednesday 13 March 2013

Ahlan Wa Sahlan


SELAMAT DATANG / AHLAN WA SAHLAN


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, Gedung Al Barkat Merupakan sebuah gedung yang menyediakan pelbagai barangan keperluan harian , kelengkapan dan pakaian berteraskan yang halal dan berkonsepkan keislaman.

Pelbagai produk keperluan dan pakaian disediakan di gedung kami bagi memenuhi keperluan kaum muslimin dan muslimat. Walaubagaimanapun gedung ini sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pelangan dari segenap lapisan masyarakat yang terdiri dari berbilang kaum dan agama di negara ini.

Mempromosikan produk halal atau jenama tempatan adalah asas kepada konsep perniagaan di Gedung Al Barkat. Bagi melengkapi keperluan kaum muslimin dan muslimat, Gedung Al Barkat menyediakan produk makanan halal yang kebanyakkan dihasilkan oleh syarikat tempatan dan juga yang diimport dari luar negara dimana ianya telahpun mendapat pengesahan halal oleh pihak berkuasa.

Bersesuaian dengan moto kami " Mencari Yang Halal Adalah Fardhu", pihak pengurusan gedung sentiasa memastikan barangan yang di promosi dan dijual di Gedung Al Barkat adalah hanya yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Misi kami adalah menyediakan sebuah gedung kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat bagi meyediakan kemudahan mendapatkan produk yang dijamin halal dan barangan keperluan Islam termasuk makanan, keperluan Haji, bahan bacaan dan kelengkapan kelengkapan lain.

Kami mengalu-alukan kedatangan ada ke Gedung Al Barkat hari ini bagi mendapatkan keperluan anda.
"Mencari Yang Halal Adalah Fardhu"