PRODUK



Pakaian


Menepati citarasa Muslimah moden yang menitik beratkan cara berpakaian yang sopan dan angun dalam menjalankan tugas harian, Gedung Al Barkat menyediakan pelbagai Jubah, Abaya, Baju Kurung serta Busana yang menarik dan selesa untuk digayakan oleh kaum muslimah. Pemilihan fabrik yang digunakan adalah berdasarkan keselesaan dan bersesuaian dengan cuaca di negara ini agar si pemakai sentiasa berada didalam keadaan yang selesa sekali gus kelihatan angun. Pelbagai koleksi pakaian muslimah terdapat di Gedung Al Barkat dari pakaian harian, busana dan abaya ekslusif sehinga seleksi busana khas yang di label sebagai primium.

Selain itu Gedung kami juga menyediakan koleksi pakain lelaki termasuk Jubah dan ‘Kurta’ yang sesuai dipakai bagi menghadiri majlis-majlis agama dan ke masjid. Keselesaan dan kesesuain warna yang disediakan bukan sahaja memberikan keselesaan bahkan keyakinan kepada si pemakai.

Bagi melengkapi keperluan berpakain seisi keluarga, pakain kakan-kakan lelaki dan perempuan turut di tawarkan di Gedung Al Barkat. Kami berhasrat menyediakan sebuah gedung yang melengkapi keperluan dan menjadi pilihan keluarga anda.



Keperluan Haji dan Ibadat

Sasaran kami adalah bagi menyediakan segala keperluan dan kelengakapan yang diperlukan oleh kaum muslimin dan muslimah bagi persediaan megerjakan Ibadat Haji atau mengerjakan Umrah. Segala keperluan asas seperti kain Ihram, Telekung Sembahyang hinggalah kelengakapan-kelengkapan lain yang dirasakan perlu bagi melengkapi kemudahan bakal Jemaah Haji dan Umrah seperti penunjuk kiblat, sejadah, beg, pakaian basahan jemaah lelaki dan wanita, anak tudung yang bersesuaian dan menepati keperluan kaum muslimah dan lain-lain lagi. Sudah cukup bagi anda mendapatkan segala keperluan untuk dibawa ke tanah suci hanya dengan mengunjungi Gedung Al Barkat . Produk yang disediakan adalah berdasarkan kehendak dan keperluan individu. Oleh itu Gedung Al Barkat menyediakan keperluan yang terdiri dari beberapa peringkat kualiti yang mana di yakini tetap selesa dan bersesuain dengan harga yang ditawarkan.


Hijab
Pelbagai warna dan fasion hijab terdapat di Gedung Al Barkat, ‘ HELWA ‘ merupakan salah satu jenama hijab yang menyediakan kepelbagaian hijab yang berbentuk selendang. Hijab atau selendang yang disediakan oleh HELWA adalah berukuran lebar dan lebih panjang agar mudah bagi si pemakai dapat meliputi angota yang perlu, disamping mengayakan hijab HELWA dengan gaya yang tersendiri. Bukan sahaja hijab untuk dipakain seharaian, bahkan hijab dan selendang ekslusif untuk ke majlis tertentu dan perkahwinan juga ada di sediakan di Gedung Al Barkat.



Keperluan Harian
Menepati konsep Gedung Al Barkat, pelbagai produk keperluan harian seperti susu, serbuk minumam, makanan dan produk penjagaan yang berasaskan produk “HALAL” disediakan di Gedung Al Barkat. Anda hanya perlu mengunjungi gedung kami hari ini bagi mengenal pasti dan melihat produk-produk tempatan dan yg diimport dari luar negara yang dijamin halal dan mendapat pengiktirafan “Halal” dari Majlis Agama Islam Malaysia. Pihak gedung hanya menawarkan dan menyediakan produk yang telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia sahaja. Ini adalah bagi memastikan tiada keraguan terhadap produk yang ditawarkan dan bagi memastikan yang halal untuk para pelanggan atau pengguna. “Mencari Yang Halal Itu Adalah Fardhu”

No comments:

Post a Comment