Sunday 31 March 2013

Tips Memilih Kain, Fabrik Berkualiti Untuk Dibuat Baju, Tudung Atau Kain??


Pening, bercelaru dan berpinau mata nak pilih kain sumenya menawan kalbu...


Ramai di antara kita terutamanya kaum wanita seringkali rambang mata untuk memilih warna dan rekaan corak pada kain ela yang kita hendak beli. Maklumlah kekadang kita jadi keliru dan mengalami masalah dalam memilih corak fabrik dan tertanya² berapa meter untuk saiz badan atau sesuaikah kain itu dengan warna kulit. Jom kita tengok apa langkah² yg patut kita lakukan jika kita dalam keadaan keliru a.ka blur...hehe

Langkah pertama
Pergi ke kedai kain ela, jangan pergi ke kedai baju yang sudah siap (baju ready made), atau kedai baju bundle pulak.... :). Contohnya pergilah ke Gedung kain seperti di Nagoya, Kamdar, Gulatis atau Jakel. Biasanya gedung kain yang besar ni banyak pilihan.

Langkah kedua
Pilih kain yang sesuai dengan warna kulit dan saiz badan. Bagi berkulit kuning langsat, tiada masalah untuk memilih warna, kecuali sekiranya saiz badan yang agak montel tidak sesuai untuk memakai corak kain yang berbunga besar dan berjalur besar atau kecil yang melintang. Bagi yang berbadan gempal @ chubby, elakkan membeli kain yang bercorak sehala, seelok² belilah kain yang bercorak bebas. Maksudnya kain yang bercorak berterabur. Bukan apa kalau teringin juga nak memakai corak yang sehala boleh juga tetapi hendaklah ditambahkan quantiti meter kain tu. Lagi² kalau di kaki kain tu ada corak, memang payah si tukang jahit nak memotongnya.

Contohnya, biasa kalau beli 4 meter, elok tambahkan jadi 4 meter suku (41/4m). Ini bagi memudahkan tukang jahit untuk membuat kerja. Yalah kalau kita bagi kain 4 meter, tak ke kita mendera tukang jahit tu (akak dah biasa kene dera ngn kastemer). Bak kata pepatah "Ukur baju di badan sendiri" Kalau tak pandai nak ukur tanya pada yang arif ya, baru beli kain. Kekadang ada kastemer ni tak faham atau saja buat tak endah jikalau kain yang di hantar nak buat baju tak cukup. Nasib badan la, gamaknya si tukang jahit yang pening kepala dibuatnya...huhhh. Lagi satu, jangan suka membeli kain yang sudah siap di potong seperti 2 meter baju 2 meter kain. Selalunya sukar untuk di buat baju, terpaksalah tukang jahit tu terkial2 memikir mcm mana nak potong...haha

Langkah ketiga
Bagi yang berbadan langsing ala-ala model mcm Diana Daniella tu.... Biasanya tiada masalah dalam memilih fabrik. Tapi elakkan dari membeli kain yang berwarna malap tau. Boleh beli, tapi cari tanah yang malap berbungakan yang terang dan berbunga besar. Biasanya kain yang sudah siap potong tiada masalah yang berbadan saiz kecil nie. Tapi janganlah pulak beli kain 3 meter suruh buat baju kurung pulak, 3 meter untuk budak 12 tahun bleh lah. Elakkan membeli kain yang berjalur² kecil kerana ini akan menampakkan susuk tubuh anda seperti papan ya. Kita rasa macam cantik, orang pandang akan berkata dalam hati "Eee... Kurusnya mcm lidi". Jadi pandai-pandailah dalam menentukan jenis corak fabrik ni ya!

Langkah keempat
Bagi yang berkulit hitam manis, eloklah memilih fabrik yang berwarna agak terang dan yang berwarna lembut. Bukan apa, kalau kita memilih warna yang tidak sesuai dgn warna kulit, ia akan menonjolkan lagi kegelapan kulit kita. Contohnya orang yang berkulit hitam manis tidak sesuai memakai warna hijau pekat, ini akan menambahkan lagi kekusaman kulit itu (sori, akak cakap yg betul ni). Tip yang paling sesuai ialah memilih warna kuning cair dan berbunga. Letakkan kain di kulit anda dan tanyalah rakan atau orang lain yang membeli kain di kedai itu. Jangan tanya tukang jual kain di situ, pastinya dia akan kata cantik. Dah nama pun jurujual, meniagakan...

Meter untuk saiz badan:
Bagi baju melayu, macam Khairul Che Mat (pemain bola yg tgh ngetop) tu 4 meter je dah cukup. Kalau badan yang besar, eloklah membeli 41/2 meter. Bagi yang sedang² besar belilah kain 4 meter suku (41/4).

Untuk kanak-kanak lelaki dibawah umur 4 hingga 6 tahun 21/2 meter kain di perlukan. Untuk kanak-kanak 7 hingga 10 tahun biasanya 3meter diperlukan. Untuk 11-14 tahun belilah 31/2 meter . Peringkat remaja ikut saiz badan 4 hingga 41/2 meter kain diperlukan.

Meter untuk wanita pula:
Baju kurung atau fesyen, 4 meter mencukupi bagi saiz badan yang normal. Bagi yang berbadan gempal @ gemuk, belilah 4 meter suku. Untuk jubah dewasa 31/2 meter sudah memadai.

Bagi kanak-kanak dibawah umur 5 tahun kebawah anggaran kain adalah 2 meter. kanak-kanak usia 6-12 tahun  anggaran kain  lebih kurang 3- 3.5 meter. Usia 12-13 tahun 3.5 meter ikut saiz badan. Remaja 4 meter. 



Sumber : Jahitan Fiza

2 comments:

  1. assalam.
    kalau untuk jubah princess cut, se elok nya kain brapa meter n kain bidang brapa? tq

    ReplyDelete