PEMILIHAN
tudung perlu mengambil kira beberapa faktor antaranya jenis, warna, saiz dan
corak kain serta bentuk muka individu terbabit selain gaya pemakaian. Ikuti
beberapa tip ringkas untuk membuat pemilihan serta pemakaian tudung supaya
tampil lebih sopan, kemas, anggun dan bergaya.
Pilih
tudung daripada kain yang bersesuaian antaranya kain kapas kerana ia mampu
memberikan keselesaan maksimum dan menyerap peluh.
Gunakan
tudung yang memiliki pola, rekaan dan jahitan yang sesuai dengan bentuk muka
agar tidak mengganggu aktiviti seharian.
Jika
memilih untuk mengenakan tudung bercorak ataupun abstrak, padankan dengan
busana polos ataupun kurang corak agar tidak kelihatan keterlaluan gayanya.
Begitu
juga sebaliknya, jika memilih untuk mengenakan pakaian bercorak ataupun
berbunga sarat, padankan dengan pemilihan tudung yang memiliki warna paling
sedikit pada pakaian agar kelihatan seimbang.
Untuk
penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilih tudung polos
yang berwarna cerah untuk digayakan.
Selain
itu, elakkan diri daripada memakai tudung yang berwarna gelap atau kusam bagi
mengelakkan anda kelihatan lebih berusia.
Bagi
mereka yang memiliki bentuk wajah bulat, pilih tudung yang memiliki corak kecil
dan tidak penuh bagi mengelakkan wajah kelihatan terlalu penuh dan tidak
terurus.
Mereka
yang berkulit cerah pula tidak digalakkan memakai tudung berwarna merah jambu
kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan pucat.
Untuk
mereka yang memiliki warna kulit kuning langsat, perlu mengelakkan pemakaian
tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak
bermaya.
Penting
sekali mesti menutup aurat ye
SUMBER==> http://www.ajumohit.com/
No comments:
Post a Comment